10 Ogos 2011

LAWATAN RASMI BERSAMA PRESIDEN SENAT KE TURKI

PADA bulan April 1990 YB Tan Sri Abang Ahmad Urai, Yang Dipertua (Presiden) Dewan Negara (Senat) telah mengadakan lawatan rasmi ke Turki atas jemputan Parlimen Turki di mana hampir Parlimen seluruh dunia hadir di sambutan Ulang Tahun Turkish National Assembly dengan semua perbelanjaan makan minum dan tempat tinggal di Turki selama 12 hari ditanggung oleh kerajaan Turki.



Saya diberi peluang mengiringi YB Tan Sri Abang Ahmad Urai bersama Puan Sri Murniati selama 12 hari di mana kami telah dilayan dengan sangat memuaskan. Yang anehnya di bulan Ramadhan, rakyat Turki yang menganggap mereka sebagai orang Islam, majoriti nampaknya tidak berpuasa tapi Turki diiktiraf sebagai negara Islam dan ahli O.I.C.



Di samping Istanbul kami juga di bawa melawat Ankara,Konya dan Izmit.Sepat juga kami melawat rumah Mariam,Ibu Nabi Isa di atas satu bukit yang menjadi tempat pelancongan datang dari Eropah dan tempa-tempat lain. Di Konya kami telah diperlihatkan tarian ahli-ahli sufi yang dipanggil "The Swinging Darwish" mereka menari berpusing-pusing mengikut putaran bumi dengan menyanyikan lagu-lagu sufi.



Kami juga dibawa melawat stadium sepeninggalan penguasaan Rom di Turki.Di stadium seperti inilah pembesar-pembesar Rom berseronok-seronok dengan wanita, arak dan hiburan.




Lawatan di bulan Ramadhan ke Turki ini memberi kenangan yang berbeza-beza iaitu rakyatnya nampak makan di siang hari terutama di bandar -bandar besar seperti Ankara dan Istanbul tetapi apabila tiba di Syawal Kerajaan Turki memberi cuti umum hari raya selama tiga hari. Saya berpeluang bersolat hari raya Aidilitri di sebuah masjid di pinggir Kota Istanbul. Umat Islam di Turki adalah pengamal mazhab Hanafi. Jelaslah kepada tetamu yang ikut serta  dalam lawatan rasmi ke Turki, Islam hanya sebagai nama sahaja iaitu agama rasmi saja tapi amalan rakyat di bandar-bandar seperti Istanbul dan Ankara tidak ada bezanya dengan kebudayaan di Eropah. Inilah kejayaan yang diusahakan oleh Kamal Attarturk yang mendewa-dewakan sistem Eropah atau sekulisme yang memencilkan kebudayaan beragama Islam. Dasar Attarturk tidak patut dicontohi oleh mana-mana pemimpin yang mengakui dirinya sebagai orang Islam yang inginkan keselamatan akhirat yang kekal abadi itu.
              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan