PARLIMEN Malaysia menghantar 4 orang delegasi ke persidangan CPA (Commonwealth Parlimentary Association) ke 21 di Lusaka, Zambia, Afrika pada akhir bulan September dan awal bulan Oktober 1980, yang pergi:
1.YB Dr.Ling Leong Sik (ketua)
2.YB Senator (Dr) Wee Khoon Hock
3.YB Encik Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir
4.En.Mohamed Salleh bin Abu Bakar (Setiausaha)
Bersama-sama kami ada beberapa wakil dari CPA, cawangan Negeri seluruh Malaysia.Dari cawangan CPA negeri yang dianggap perwakilan hanya seorang saja tetapi boleh membawa ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sebagai pemerhati. Ini bermakna dari Malaysia kita ada 16 perwakilan semasa pengundian dalam memilih Exco CPA yang dianggap penting terutama apabila ada calon dari Malaysia yang bertanding seperti tahun 1976 di mana Dato' Musa Hitam telah memenangi kerusi pengerusi Exco CPA buat julung-julung kalinya dan rekod ini belum dipecahkan lagi. Ucapan tahniah patut diberi kepada Dato' Musa Hitam (sekarang Tan Sri) di atas kejayaan beliau dalam Persatuan Parlimen Komonwel (CPA).
Persidangan kali ke 26 ini telah dirasmikan oleh Presiden Zambia, Kenneth Kaunda yang terkenal dengan membawa saputangan yang dipegang di tangan kirinya, iaitu satu simbol penderitaan rakyat Zambia dalam mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
Apabila agenda-agenda persidangan telah selesai perwakilan-perwakilan dari seluruh negara Komonwel dibawa ke tempat-tempat peranginan dan pelancongan yang ternama iaitu bagi diri saya dan dua orang Speaker dari Kedah dan Pahang telah dimasukkan ke dalam satu kumpulan yang pergi ke sebuah lombong tembaga yang terbesar di Afrika. Dari situ kami juga dibawa ke Taman Safari untuk melihat binatang-binatang liar dengan menaiki sebuah Land-Rover yang diikut serta oleh warden-warden yang bersenjatakan rifel.
Setelah selesai lawatan, kami terbang dari Lusaka ke London, sempat tidur semalaman dengan YB Dato' Ismail Abdullah (speaker Kedah) dan YB Tengku Mustafa (speaker Pahang) terbang ke Jeddah, Saudi Arabia untuk menunaikan fardhu haji seperti kata orang tua-tua 'sambil menyelam minum air'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan