WAKTU saya menjadi Setiausaha Dewan Negeri (Senate) saya dapat banyak berpeluang ke luar negara. Begitulah persidangan CPA (Commonwealth Parlimentary Association) ke-37 di New Delhi,India pada tarikh 2 Oktober 1991.Deligasi Parlimen Malaysia terdiri daripada:-
1. YB Ong Tee Kcat (ketua deligasi)
2.YB Dato Haji Abdul Rashid bin Mohamed
3.YB Mohd Khaled bin Nordin
4.Haji Mohamed Salleh bin Abu Bakar (setiausaha)
Disamping itu deligasi cawangan CPA negeri-negeri telah menghantar 13 perwakilan dan beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai pemerhati. Keseluruhannya YB Ong Tee Kcat (sekarang Dato dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan menjadi ketua deligasi Malaysia)YB Ong Tee Keat turut bertanding dan memenangi Exco CPA yang beribu pejabat di London,Britain. YB Ong Tee Keat dan YB Mohd Khaled Bin Nordin turut berucap dalam sidang pleno. Perwakilan-perwakilan CPA,cawangan negeri-negeri hanya mebantu dalam pengundian ahli-ahli Exco CPA.
Setelah persidangan selesai peserta-peserta telah dibahagi-bahagikan ke beberapa kumpulanuntuk melawat tempat-tempat bersejarah di Benua India .
Saya telah memilih pergi ke Jaipur sebuah bandar bersejarah di mana letaknya Istana Maharaja Hindu di atas bukit yang dianggap tinggi juga. Dari New Delhi kami telah menaiki keretapi. Setiba di sana rombongan kami telah di bawa ke Istana Raja Hindu dengan menaiki gajah jinak. Yang peliknya, penunggang-penunggang ini berlumba di antara satu dengan yang lain yang menyebabkan kami hampir terpelanting daripada gajah-gajah yang kami naiki itu.
Di waktu hati saya sentiasa ingatkan Allah sebab jika jatuh tentu cedera atau mungkin mati. Mengikut cerita daripada pemandu-pemandu pelancong, kebanyakkan raja-raja Hindu beristeri lebih daripada satu sebab mereka memiliki dua alat keras. Iaitu beras dan keras.Filosopi ini patut dicontohi oleh mereka yang ingin berpoligami iaitu mesti ada yang keras dan beras. Tanpa salah satu kriteria ini pasti hidup berpoligami menghadapi berbagai masalah. Eloklah bertindak mengikut kemampuan bukan ikut polisi jemaah tentang isu poligami, nanti dunia dan akhirat jadi rugi. Rombongan kami juga dibawa ke suatu tempat taman haiwan dan di situlah saya berpeluang menaiki unta yang begitu mendebarkan hati saya sebab apabila unta itu bergerak atau berjalan terasa sangat tingginya daripada bumi. Dalam berani itu rupa-rupanya saya takut juga kalau-kalau terjatuh sebab itulah rupa-rupanya ada manusia takut jatuh daripada kuasa terutama kuasa yang sudah lama dipegang dan mendapat banyak kemudahan untuk keluarga dan kroni-kroni walaupun dengan cara tak beretika.
Pengalaman menaiki gajah dan unta di India semasa menghadiri persidangan CPA di India sentiasa saya ingati.
Sebelum mengakhiri lawatan ke India saya juga sempat melawat Taj Mahal yang menjadi salah satu dari tujuh benda ajaib dunia. Mengikut cerita Maharaja Monggol membina Taj Mahal ini kerana mengingatkan isterinya yang sangat sangat dicintai.
Daripada Allah kita datang
Kepada Allah kita kembali
Umur dunia semakin petang
Berpegang teguh Allah punya tali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan