10 Ogos 2011

MESYUARAT SETIAUSAHA-SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI

HASIL daripada persidangan tahunan Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri  seluruh Malaysia sejak tahun 1962 lahirlah satu persatuan secara tak berdaftar untuk membincangkan peranan dan tanggungjawab Setiausaha-setiausaha Dewan Undangan Negeri yang dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Setiausaha Dewan Negara.



Mesyuarat Setiausaha-setiausaha telah diadakan beberapa kali iaitu pada persidangan Speaker-speaker diadakan dan yang masih hangat ialah mesyuarat kali ke-5 di Kuala Terengganu, Terengganu yang hadir seperti berikut:

1.   Yang Berbahagia Datuk Francis Yap, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah (setelah bersara dilantik menjadi timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah)

2.    Encik Lim Kian Hock, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak.

3.    Haji Azmi bin Ariffin, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Selangor.

4.    Haji Sharaidin Takin, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak.

5.    Encik Mohd Ghazali Hussein, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kelantan.

6.    Haji Abdul Malik Awang, Jurutulis Dewan Undangan Negeri Johor.

7.    Haji Sulaiman Daud , Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah.

8.    Encik Osman bin Muda, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu.

9.    Encik Abdul Khalid Bin Mat, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Pahang.

10.  Encik Ramli bin Mohd Nor, Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.

11.  Y.M Tengku Mohamed binTengku Abdullah, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Melaka.

12.  Cik Tan Lee Lee, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

13.  Puan Hanidar binti Khailani ,Penolong Setiausaha Dewan Negeri Selangor.

14.  Encik Mejeni bin Mohamed, Penolong Setiausaha Dewan Negeri Sarawak.

15.  Haji Mohamed Salleh bin Abu Bakar, Setiausaha Dewan Negara.



Di mesyuarat yang dipengerusikan oleh saya sendiri, satu kertas kerja telah dibincangkan iaitu: "Peranan Setiausaha dalam melicinkan urusan Dewan". Di mesyuarat seperti inilah 13 setiausaha Dewan daripada seluruh negara dapat bertemu muka dan berbincang dengan Pengerusi Mesyuarat  selaku mewakili Parlimen Malaysia. Disamping itu dapat mengeratkan silaturrahim di antara setiausaha-setiausaha dan ini memudahkan kerja -kerja setiausaha Dewan di setiap negeri.



Saya sempat mempengerusi mesyuarat seperti ini sebanyak dua kali sebab pada 1-1-1996 saya bersara daripada perkhidmatan Parlimen Malaysia, tempat saya bekerja selama 27 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan